
sy pernah terdengar seorang sahabat nih bercerita yang sahabatnya pernah sama-sama merempit bersama mat2 rempit demi untuk mendekati mereka... bukan senang kalo someone yang x biase bawa moto laju2 nih tibe merempit dengan mat2 rempit... n drpd ceritanya mula2 agak complicated untuk join diorg tap akhirnya sahabat kpd kawan sy nih berjaya mengajak mat2 rempit nih utk sama2 berhenti seketika merempit n solat berjemaah d masjid....n diorg nih turut sama menyertai beberapa program kemasyarakatan.... and its good 4 them...
sometimes kite x boleh terus menilai seseorang itu dari luaran semata-mata... bile kita tgk sahabat2 berpakaian x menutup aurat ataupon membuat sesuatu yg x mengikut syarak.. jgn terus blame sahabat kite tu org terus memerli sahabat kite tu..
bagi saya untuk mendekati mad'u kita seharusnya mengambil hatinya dahulu... n kalau sekalipon mahu menegur jgnlah menegur secara kasar...
dalam Firman Allah ta`ala yang bermaksud: “Ajaklah (wahai Muhammad) mereka ke arah jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang elok dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang paling baik…..” (Surah An-Nahl: 125)
so bile kite melihat mad'u kita melakukan kemungkaran jgnlah terus tergesa2 menegurnya tanpa usul periksa sehingga menjatuhkan aibnya. Walaupun Islam menggalakkan budaya tegur menegur di kalangan kita, tetapi itu tidak bermakna bahawa teguran itu mesti dibuat secara langsung apabila sesuatu kesalahan itu berlaku. sebaik-baiknya kita haruslah melihat pada keadaan dan situasi.......

cara2 utk mendekati mad'u:
- mewujudkan hubungan dan perkenalan dengan mad’u (taaruf)
- selidik dahulu latar belakangnya dan juga perkara kesukaannya
- jgn terlalu mendesak untuk mengetahui masalahnya... sebaik-baiknya biarlah mad'u kita yang memulakan perkongsian masalahnya...
- cuba cari kepercayaan mad'u
- jika mad'u kurang pendedahan tentang agama, jgnlah terus memberi dalil ataupon hadis.. sebaliknya relatekn islam dengan keadaan sekeliling.....




0 comments:
Post a Comment